Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 22 kes baru, 59 sembuh, tiada kematian
Diterbitkan:  May 17, 2020 5:14 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 59 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh setakat ini berjumlah 5,571, atau 80.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Pada masa sama, terdapat 22 kes baru dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kes setakat ini sebanyak 6,849 kes, dengan 1,210 daripadanya ialah kes aktif.

"Ingin dimaklumkan daripada 22 kes baru yang dilaporkan, lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 17 kes adalah penularan tempatan di mana sembilan kes melibatkan bukan warganegara," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebanyak 13 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tujuh daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham juga memaklumkan tiada kes kematian baru yang dilaporkan, menjadikan angka korban akibat Covid-19 kekal sebanyak 113 orang, iaitu 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS