Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahli perniagaan bergelar Datuk ditemui maut, kereta terbabas

Seorang ahli perniagaan bergelara Datuk ditemui maut selepas kereta yang dipandunya terbabas ke kawasan belukar di Kilometer 10, Jalan Seremban di Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata mangsa, R Rajasegaran yang berumur 45 tahun, ditemui di lokasi berkenaan pada kira-kira 10.30 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa bergerak dari arah Port Dickson ke arah Lukut. Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kawasan belukar berhampiran.

"Mangsa telah dijumpai oleh petugas Polis Diraja Malaysia yang sedang meronda. Hasil pemeriksaan dalam kenderaan telah menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedar diri dan telah disahkan meninggal dunia," menurutnya dalam kenyataan di Port Dickson hari ini.

Beliau berkata isteri mangsa pada Khamis lepas telah membuat satu laporan polis berhubung kehilangan mangsa.

Katanya, hasil bedah siasat yang telah dijalankan di Hospital Port Dickson mendapati punca kematian mangsa disebabkan pelbagai kecederaan berikutan kemalangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS