Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Duduk rumah, elak berkunjung di hari raya - Pengarah KKM

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya tidak tidak menerima pelawat atau melakukan kunjungan dari rumah ke rumah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk mencegah penyebaran Covid-19.

Beliau juga mengusulkan supaya anak-anak tidak pulang berhari raya ke rumah ibu bapa mereka sekiranya sukar untuk melaksanakan penjarak sosial.

“Kami, di Kementerian (Kesihatan), ingin mengusulkan atau bahkan menasihati orang ramai supaya menyambut Hari Raya Aidilfitri secara tertutup dan sederhana. Ini belum pernah terjadi sebelumnya tetapi sekurang-kurangnya kita dapat melindungi keluarga kita [...]

"Duduk di rumah anda sendiri dan mungkin berhenti berkunjung dari satu rumah ke rumah lain," katanya semasa taklimat harian Covid-19 hari ini.

Beliau mengingatkan lawatan daripada ahli keluarga yang tinggal di kawasan dengan jumlah jangkitan kes Covid-19 yang tinggi dapat mendedahkan golongan warga emas kepada virus.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan kunjungan dari kalangan ahli keluarga dibenarkan pada hari pertama Aidilfitri, tetapi jumlah ini terhad kepada 20 orang sepanjang hari.

Hari ini, Noor Hisham menasihatkan agar menyesuaikan nasihat itu ke rumah masing-masing.

Jelasnya, jumlah kunjungan 20 ahli keluarga yang dibenarkan pada satu-satu masa it bergantung kepada keluasan sesebuah rumah.

"Jika rumah anda punya ruang yang terhad, maka mungkin boleh menasihatkan anak-anak anda agar tidak pulang berhari raya, misalnya.

"Anda masih boleh berhubung dengan anak-anak menggunakan telesidang video," katanya.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS