Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sepertiga penduduk Wuhan sudah diuji Covid-19
Diterbitkan:  May 15, 2020 11:31 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Wuhan setakat ini telah membuat ujian saringan Covid-19 terhadap 3 juta daripada 11 juta penduduknya, menurut laporan Reuters.

Bandar yang merupakan pusat tercetusnya pandemik tersebut sedang dalam usaha untuk menguji kesemua penduduknya setelah wujud kluster kes baru, yang menimbulkan kebimbangan akan berlakunya jangkitan gelombang kedua.

Berdasarkan laporan dari agensi berita rasmi Xinhua semalam, bandar itu dikatakan bercadang melakukan ujian asid nukleik terhadap semua penduduknya, dalam usaha menaksir jumlah pesakit tak bergejala.

Menurut laporan itu lagi, baru-baru ini, Wuhan mengesan beberapa kes tak bergejala setiap hari.

Kes tak bergejala adalah kes apabila individu yang disahkan positif penyakit itu, tetapi tidak menunjukkan apa-apa petanda luaran menghidap penyakit tersebut.

China mencatatkan empat kes koronavirus baru pada 14 Mei, meningkat tiga kes berbanding hari sebelumnya, berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini.

Kesemua kes baru merupakan kes jangkitan tempatan, manakala kes baru tak bergejala pula berkurang sedikit menjadi 11 kes, berbanding 12 kes pada hari sebelumnya. .

Jumlah kes keseluruhan di tanah besar China kini adalah sebanyak 82, 933 kes, manakala angka kematian kekal tak berubah sebanyak 4.633 kematian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS