Pusat menunggang kuda seluruh negeri kini dibenarkan untuk beroperasi secara terhad supaya kuda dapat diberi makan dan kandang dibersihkan, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
Jelasnya, tindakan kerajaan membenarkan ini di bawah perlaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bagi menjaga kebajikan kuda.
“Seterusnya bagi isu berkaitan pusat kuda. Kita setuju pusat kuda beroperasi.
“Kuda juga berdepan masalah bila (pusat kuda) tidak dibenarkan beroperasi. Kuda tak diberi makan dan kandang kotor.
“Jadi mesyuarat pagi ini setuju kuda ini termasuk pusat kuda beroperasi. Tetapi ini untuk jaga kebajikan haiwan.
“Hanya kaitan beri makan dan bersih kandang (untuk) kebajikan haiwan. Ini untuk mereka yang pelihara kuda boleh jaga kebajikan kuda mereka.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media harian di Putrajaya yang disiar secara langsung tengah hari tadi.