Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ingkar PKP: Polis tahan 4 lelaki main meriam besi

Polis menahan empat lelaki yang disyaki bermain meriam besi dan memiliki bahan letupan di sebuah kebun sawit di Besout 4, Slim River, Perak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 32 tahun itu ditahan pada 6.30 petang hasil maklumat awam.

Beliau berkata ketika ditahan, mereka sedang bermain meriam yang diperbuat daripada besi panjang.

“Kesemua mereka ditahan bersama sebatang paip besi, plastik berisi (bahan) pematangan buah-buahan, kabaid, botol mengandungi diesel, lampu pelita, sebatang buluh dan kayu serta satu pemetik api,” menurutnya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.

Sulizmie Affendy berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 serta Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Katanya kempat-empat individu direman tiga hari bermula hari ini.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS