Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Cuaca panas tak boleh bunuh Covid-19, kata saintis Rusia

Musim panas tidak mematikan koronavirus yang hidup di permukaan, sebaliknya boleh menyumbang kepada kadar peningkatan kejadian di Rusia, kata pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal di Kazan Federal University, Albert Rizvanov.

Menurut agensi berita Rusia (Tass), Rizvanov yang juga mengetuai pasukan penyelidik untuk menghasilkan vaksin Covid-19 berkata:

"Suhu (udara) yang rendah boleh meningkatkan daya tahan virus: suhu optimum untuk virus empat hingga lapan darjah (Celsius). Bila suhu udara meningkat, virus jadi kurang stabil.

"Namun, virus ini mudah merebak melalui udara (bercakap, bersin, batuk atau hanya dengan bernafas), bersalam dan bersentuhan dengan permukaan baharu tercemar.

"Virus itu juga boleh terurai dengan lebih pantas walaupun pada ketika musim panas," jelasnya.

Menurutnya, ketika musim panas, orang lebih cenderung keluar dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih kerap.

"Ia mungkin menjadi faktor risiko tambahan," katanya.

Rusia setakat ini, mencatatkan 242,271 kes dengan 48,003 pesakit sudah sembuh manakala 2,212 orang lagi meninggal dunia.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS