Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penumpang dua pesawat AirAsia diminta hadir ujian Covid-19
Diterbitkan:  May 13, 2020 6:13 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Sejumlah 396 penumpang yang menaiki dua penerbangan AirAsia bagi perjalanan Kuala Lumpur-Tawau diminta untuk menghadiri ujian Covid-19 kali kedua selepas enam penumpangnya diuji positif.

Memetik laporan The Star, Pegawai Kesihatan Tawau Dr Suzalinna Sulaiman menggesa penumpang pesawat AirAsia AK5742 pada 1 Mei dan AK5740 pada 4 Mei untuk menjalani ujian Covid-19 secepat mungkin.

"Berdasarkan rekod, 156 penumpang menaiki pesawat AK5742 di mana empat diuji positif, manakala sejumlah 246 penumpang dari pesawat AK5740, dua dikenal pasti positif Covid-19," katanya.

Dr Suzalinna berkata bahawa semua yang menjalani ujian saringan pertama ketika ketibaan diminta untuk kuarantin di rumah.

"Bagaimanapun, selepas enam daripadanya didapati positif, kami minta semua penumpang untuk membuat ujian kedua," katanya.

Menurutnya sehingga jam 11 pagi 13 Mei lalu, sebanyak 39 orang, termasuk tujuh pelajar universiti telah selesai menjalani ujian Covid-19 kali kedua di Klinik Kesihatan Tawau di Jalan Chong Thien Vun.

Beliau juga mendesak semua mereka yang diperintahkan untuk kuarantin di rumah untuk mematuhi garis panduan ketat serta memastikan penjarakan fizikal dengan ahli keluarga, termasuk tinggal di bilik dan menggunakan bilik mandi yang berasingan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS