Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sambutan Raya, Gawai hanya sehari sahaja di Sarawak
Diterbitkan:  May 13, 2020 5:55 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan supaya Hari Raya dan Hari Gawai di negeri ini disambut untuk sehari sahaja.

Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dalam garis panduan prosedur operasi standard (SOP) itu juga, kapasiti kehadiran di majlis sambutan adalah tidak melebihi 20 orang sehari dan hanya untuk keluarga terdekat.

Dalam perkembangan yang lain, Uggah berkata pergerakan antara daerah di Sarawak memerlukan permit yang boleh dipohon secara bertulis daripada pihak polis.

“Bagi penjawat awam dalam perkhidmatan penting yang berulang alik antara dua daerah seperti (Kuching-Samarahan) atau (Kuching-Serian) atau (Bau-Kuching) dan lain-lain, mereka hanya perlu menunjukkan pas jabatan atau surat arahan daripada majikan untuk pergi dan balik kerja.

“Petugas selain daripada yang disebut di atas, mereka hendaklah memohon permit daripada polis,” katanya pada sidang media harian JBPN di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching.

Sementara itu, Sarawak hari ini merekodkan satu kes positif baharu Covid-19 setelah dua hari berturut-turut tidak merekodkan sebarang kes positif.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS