mk-logo
Berita
Semua kaunter perkhidmatan jabatan kerajaan dibuka penuh
Diterbitkan:  May 13, 2020 3:00 PM
Dikemaskini: 7:25 AM

Semua jabatan kerajaan, khususnya kaunter perkhidmatan akan menyambung semula operasi sepenuhnya, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini.

"Mesyuarat kabinet hari ini memutuskan semua jabatan kerajaan, terutama kaunter perkhidmatan, akan dibuka sepenuhnya.

"Jabatan Pengangkutan Jalan telah dibuka dan beroperasi hari ini dan ini akan diikuti oleh jabatan kerajaan lain.

"Semua SOP dan peraturan harus dipatuhi, termasuk pemeriksaan suhu dan jarak sosial," katanya pada sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS