Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mulai esok, kedai makan di Kelantan dibenar operasi hingga 10 malam

Kerajaan Kelantan membuat keputusan bagi membenarkan kedai makan di negeri itu beroperasi sehingga jam 10 malam mulai esok, selepas hanya beroperasi hingga jam 6.30 petang dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) Bersyarat.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, berkata perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas, hari ini.

Menurutnya, banyak permintaan diterima daripada pengusaha kedai makan supaya tempoh operasi dipanjangkan, menyebabkan kerajaan negeri mengambil keputusan membenarkannya dalam tempoh seminggu menjelang Aidilfitri.

"Sebelum ini kita umum kedai makan hanya beroperasi dari jam 3 petang hingga 6.30 petang. Mulai esok, operasi kedai makan dipanjangkan dari 3 petang hingga 10 malam.

"Tetapi orang ramai tidak dibenarkan makan di restoran, sebaliknya pembelian bungkus sahaja yang dibenarkan.

“Jadi, sudah boleh jual colek mulai esok, tapi untuk bungkus sahaja. Peraturan ini terpakai sehingga malam Aidilfitiri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat JKKN Khas, di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Dalam perkembangan sama Ahmad berkata, bermula selepas hari raya ketiga, operasi kedai makan boleh beroperasi seperti biasa iaitu dari jam 7 pagi hingga 10 malam.

"Tujuan kita membuat pelepasan berperingkat adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak Kelantan dilanda Covid-19, sebagaimana di Perak.

"Justeru, saya mengingatkan peniaga kedai makan supaya mematuhi prosedur yang ditetapkan dengan menjaga jarak sosial," jelasnya.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di
laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS