Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ku Li: Pinda perlembagaan Umno berkaitan politik wang
Diterbitkan:  May 12, 2020 3:24 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Umno perlu meminda perlembagaannya berkaitan politik wang, kata pengerusi jemaah penasihat parti itu Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli politik veteran itu berkata demikian ketika ditanya cara untuk kembali memartabatkan parti itu dalam wawancara khas sempena Hari Umno ke-74 malam tadi, lapor Umno Online.

“Perlembagaan Umno perlu dipinda untuk mengekang politik wang kerana ia akan merosakkan parti. Parti akan hanyut dan rakyat tidak akan terbela, sebab itu politik wang adalah satu masalah serius yang perlu diatasi.

“Selain itu, saya sedang berfikir untuk mencadang dalam Parlimen bagi mewujudkan akta orang yang menggunakan duit dalam pilihan raya.

“Saya rasa kena cadang supaya SPR tadbir duit parti, duit calon supaya ada had duit derma. Katakanlah dihadkan RM1 juta dari satu-satu kumpulan dan tidak boleh dibelanja lebih yang ditentukan oleh undang-undang. Jika tidak, dia akan digugurkan,” ujar beliau.

Tengku Razaleigh berkata orang ramai juga tidak suka melihat orang politik berbelanja lebih kerana rakyat tahu latar belakang mereka ini.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS