Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa tidak ada risiko jangkitan Covid-19 dari makanan.

Noor Hisham merujuk kepada kebimbangan orang ramai sekiranya ayam dari kilang ayam di Negeri Sembilan, yang ditutup setelah pekerjanya positif Covid-19, selamat dimakan.

"Tidak ada risiko jangkitan dari makanan.

"Apabila kita membeli makanan, kita memasaknya, dan virus itu mati," katanya.

Bagaimanapun, tambah Noor Hisham pihak kementerian masih sedang menunggu laporan dari jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia sekiranya virus itu dijumpai di dalam haiwan.

"Setakat ini, kami belum dapat memastikan sama ada terdapat virus (covid-19) pada haiwan itu," katanya.

Kilang ayam berkenaan diarah tutup setelah 60 orang didapati positif Covid-19 di daerah itu.

Tesco Malaysia, dalam satu kenyataan, telah menyatakan bahawa ia berhenti mengambil ayam dari kilang berkenaan.

"Kami diberitahu mengenai kes-kes yang telah disahkan (oleh pembekal) ... pada 6 Mei, dan sebagai langkah pencegahan, kami segera berhenti mendapatkan sumber dari kilang Pedas Linggi mereka sehingga diberitahu lebih lanjut.

"Kami terus mencari bekalan ayam dari pembekal kami yang lain untuk memastikan stok tetap tersedia untuk pelanggan di kedai sepanjang bulan Ramadhan ini dan pada masa Raya yang akan datang," kata kenyataan itu.


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS