Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penduduk PKPD Pasar Jalan Othman mula jalani ujian Covid-19

Penduduk di sekitar Pasar Jalan Othman, di Petaling Jaya, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah mula menjalani ujian saringan wabak Covid-19 pada kira-kira 4 petang ini.

Tinjauan Bernama mendapati, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) dan peralatan PPE telah membuat persiapan di pusat saringan seawal kira-kira 1 tengah hari tadi.

Selain itu, Bernama difahamkan terdapat kira-kira 2,600 penduduk termasuk warga asing akan menjalani saringan itu yang dijangka mengambil masa selama lima hari.

Dalam pada itu, puluhan penduduk mula dilihat keluar rumah untuk ke pusat saringan Covid-19 untuk menjalani ujian berkenaan secara berperingkat.

Tiga pusat saringan dibuka di tiga zon PKPD berkenaan iaitu Zon A di medan selera manakala Zon B di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chen Moh dan Zon C bersebelahan terminal bas.

Hari ini, Bernama melaporkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Pasar Jalan Othman (PJO) di Petaling Jaya, menjadi kawasan terbaru yang dilaksanakan PKPD berkuat kuasa mulai hari ini hingga 23 Mei.

Kawasan berkenaan dikenakan PKPD selepas KKM mengesahkan terdapat 26 kes positif Covid-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan terbabit.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS