Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
2.3 juta permohonan baru BPN diluluskan, libatkan dana RM1.7b

Sebanyak 2.3 juta permohonan baru dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diluluskan, melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata kelulusan itu dibuat selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) selesai membuat semakan ke atas permohonan baru dan rayuan ini.

“Dengan kelulusan permohonan baru dan rayuan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini adalah sebanyak 10.6 juta, merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion (iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata kerajaan berharap BPN akan dapat memberi manfaat kepada penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini.

BPN merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM260-bilion. Kementerian Kewangan membuka permohonan baru dan rayuan antara tempoh 1–30 April, 2020.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS