Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nenek maut ditikam dipercayai akibat samun di depan rumah

Seorang wanita warga emas maut ditikam dipercayai akibat disamun di hadapan rumahnya di Kampung Tok Khamis di Pasir Puteh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Azmir Damiri berkata mangsa, Azizah Mohamed, 82, ditemukan menantunya dengan dua kesan tikaman di sebelah dada kiri kira-kira 6.10 petang.

“Mangsa dipercayai ditikam dengan objek tajam selepas rantai lehernya diragut,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh, awal pagi tadi.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa dikatakan berada bersendirian di hadapan rumahnya manakala seorang anak perempuannya yang kurang upaya (OKU) berada di dalam rumah.

Katanya polis percaya kejadian itu dilakukan oleh seorang lelaki atau lebih dan siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS