Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Sari, ILI turun sejak minggu lepas - Noor Hisham

Kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Sari) dan influenze-like-illness (ILI) mencatatkan penurunan ketara sejak minggu lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Bercakap pada sidang media harian berkenaan Covid-19 di Putrajaya hari ini, beliau berkata trend menurun itu direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pengawasan yang dilakukan di klinik sentinel dan hospital di seluruh negara.

"Kita memantau trend. Trend pada peringkat awal semakin meningkat tetapi sekarnag dan kurang dikesan kes iaitu ILI dan Sari.

"Ini merupakan satu kes yang kalau kita dapat pengurangan kes ILI dan Sari bermaksud kita dapat kawal dalam komuniti. Kalau kita buat surveillance (pengawasan), yang kita takut adalah sporadic cases," kata Noor Hisham.

Menurut beliau, penurunan kes Sari dan ILI juga menunjukkan negara ini berjaya mengawal penyebaran Covid-19 dalam masyarakat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kebimbangan dibangkitkan pakar penyakit berjangkit, Dr Christopher Lee mengenai peningkatan jumlah kes yang dikesan melalui pengawasan.

"Kes-kes dikesan melalui pengawasan membimbangkan kerana ia membayangkan kes dalam masyarakat. Kes-kes seperti naik 40 kes dalam 10 hari.

"Implikasi: Jangkitan masih berlaku di kawasan itu (dengan PKP) & jika rantaiam itu tidak putus, risiko yang lebih tinggi selepas PKP. Lokasi kes-kes ini adalah kunci," kata Lee, yang juga bekas timbalan Ketua Pengarah KKM.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS