Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Covid-19 di Amerika Syarikat kini cecah 1.2 juta
Diterbitkan:  May 6, 2020 12:46 PM
Dikemaskini: 4:46 AM

GLOBAL l Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat mencecah 1,201,337 pada 6 petang (2200 GMT) Selasa, menurut data Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, seramai 70,646 orang maut setakat ini.

New York kekal negeri paling teruk dilanda wabak dengan 321,192 kes dan 25,073 kematian diikuti New Jersey 130,593 kes dan 8,244 kematian.

Massachusetts, Illinois, California dan Pennsylvania masing-masing mencatat lebih 50,000 kes.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS