Paling Popular
Terkini

Kerajaan Kelantan mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berkuat kuasa esok.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berkata, perkara itu diputuskan melalui mesyuarat jawatankuasa kerja keselamatan negeri (Khas) di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

"Secara ringkasnya hari ini kita putuskan bahawa kita akan melaksanakan PKPB bermula esok.

"Pada dasarnya keseluruhan item-item yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat kita terima.

“Semoga hasrat perdana menteri untuk melihat pemulihan sektor ekonomi dan pergerakan ekonomi dalam kalangan rakyat juga berlaku," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Sementara itu Ahmad berkata, pengoperasian sektor awam pula akan bermula pada 11 Mei nanti.

Selain itu katanya, terdapat 36 senarai aktiviti atau sektor yang dibenarkan beroperasi dan boleh memulakan operasi harian antara jam 9 pagi hingga jam 7 petang bergantung jenis perkhidmatan sepanjang bulan Ramadan.

"Kita meraikan bulan Ramadan dan bagi sektor jualan makanan hanya dibenarkan beroperasi pada jam 3 hingga jam 6 petang. Insya-Allah selepas bulan Ramadan akan beroperasi sehingga jam 10 malam.

"Kita berharap semua pihak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk kita jaga situasi khususnya selepas Kelantan tidak merekodkan sebarang kes baru Covid-19 lagi sejak 16 April dan diklafikasikan sebagai zon hijau," katanya.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS