Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pekerja asing diwajibkan jalani saringan kesihatan Covid-19
Diterbitkan:  May 4, 2020 3:37 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

Kerajaan mewajibkan pekerja warga asing di semua sektor termasuk pembinaan, perkilangan dan komersial menjalani saringan kesihatan COVID-19 (ujian calitan) bagi membendung penularan wabak itu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kos bagi saringan kesihatan tersebut perlu ditanggung oleh majikan.

"Kementerian Kesihatan bercadang memulakan ujian calitan ini di Wilayah Persekutuan dan Selangor," katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Tegasnya, kerajaan juga akan bertindak menutup premis yang dikesan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja dengan serta-merta.

Jelasnya, Kementerian Kerja Raya telah menutup sebuah tapak pembinaan di Ampang selepas didapati menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 selama dua hari berturut-turut.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di
laman penjejak ini


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS