Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Santhara tak dipecat pada hari jadi, tapi keluar parti lebih awal’
Diterbitkan:  May 4, 2020 11:07 AM
Dikemaskini: 3:07 AM

PKR tidak memecat Edmund Santhara pada hari ulang tahunnya 3 April tetapi dia meninggalkan parti itu lebih awal pada 24 Februari, kata pengarah komunikasi parti Fahmi Fadzil.

Dalam catatan di Twitter pagi ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi menyangkal kenyataan timbalan menteri Wilayah Persekutuan itu, bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim menyerahkan surat pemecatan kepadanya (Santhara) pada hari ulang tahunnya, 3 April.

"Kepada Santhara, parti tidak memecat kamu pada hari ulang tahun. Kamu menyatakan bahawa keluar dari parti pada 24 Februari. 

"Dengan Perkara 9.1.c perlembagaan parti, kamu secara automatik bukan lagi anggota PKR.

"Surat yang kamu terima pada 3 April, hanya penerimaan bahawa kamu telah meninggalkan parti pada 24 Februari," ciap Fahmi di Twitter, yang memuat naik salinan perkara itu.

Edmund Santhara 

Fahmi turut memuat naik tangkapan skrin laporan media bertarikh 24 Februari mengenai bekas anggota PKR Mohamed Azmin Ali dan 10 yang lain meninggalkan parti itu untuk membentuk blok bebas di parlimen.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini yang disiarkan hari ini, Santhara mengucapkan 'terima kasih' kepada Anwar memecatnya pada 3 April, yang kebetulan hari jadinya.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS