Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKPB dasar buruk, kata bekas timbalan menteri undang-undang
Diterbitkan:  May 4, 2020 10:20 AM
Dikemaskini: 2:30 AM

  • Dikemas kini dengan tambahan kenyataan anggota parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan penyambungan semula kebanyakan aktiviti ekonomi dan sosial "benar-benar merupakan dasar yang buruk", kata Hanipa Maidin.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengatakan bahawa walaupun kerajaan berusaha untuk mencapai keseimbangan antara membendung pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi, ekonomi tidak dapat dipacu jika kesihatan rakyat berisiko.

"Sejujurnya, saya sama sekali tidak melihat kebijaksanaan politik dalam dasar bingung ini,” katanya.

Pemimpin pusat Amanah itu menyatakan kebimbangan terhadap isu keselamatan dan kesihatan rakyat susulan pendekatan itu.

Hanipa juga menyifatkan dasar itu tidak adil terhadap petugas barisan hadapan yang berusaha keras melawan COvid-19.

"Sekurang-kurangnya, kerajaan harus mendahulukan kepentingan mereka dalam merangka dasar baru dalam masalah ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan semalam, ahli parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata langkah kerajaan tidak logik kerana bertentangan dengan tujuan utama PKP iaitu untuk meratakan lengkung kes jangkitan Covid-19.

"Dalam keadaan seperti itu, jelas bahawa kebimbangan terhadap peningkatan jumlah kes Covid-19 di negara ini belum dapat diselesaikan sepenuhnya, yang memerlukan penerusan PKP, setidak-tidaknya hingga 12 Mei 2020,” kata Pengerusi Biro Guaman Kebangsaan DAP

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS