Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
WHO: Waspada penularan semula dalam menamatkan sekatan

Semua negara perlu menamatkan sekatan secara beransur-ansur, pada masa sama masih berwaspada dengan Covid-19 dan bersedia untuk mengenakan sekatan semula jika virus itu kembali, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Golongan mudah terjejas, termasuk di penjara dan pusat warga asing, mesti dilindungi, kata pakar kecemasan teratas Dr Mike Ryan.

Jelasnya, walaupun virus itu terkawal, masyarakat perlu tetap mengikuti langkah-langkah penjarakan sosial dan menjaga kebersihan fizikal, selain meneruskan pengujian terhadap kes yang disyaki.

"Sangat penting bahawa ketika negara-negara meringankan langkah sekatan tersebut, mereka perlu berwaspada agar tidak berlaku peningkatan jangkitan khususnya dalam mengangni penularan di kawasan tertentu," kata Ryan pada sidang akhbar.

Covid-19 telah merebak di kediaman warga emas di Eropah dan Amerika Utara, sementara di Singapura ia telah menjangkiti pekerja warga asing di asrama, katanya, sambil menambah: "Kerana satu jangkitan boleh merebak dan memburukkan situasi dalam masa yang sangat cepat".

WHO menyedari kesukaran bagi kerajaan untuk mengekalkan perintah larangan semasa wabak itu, atas alasan sosial, psikologi dan ekonomi, kata Ryan.

"Oleh itu, kita sangat cemas untuk beralih ke situasi di mana wabak itu dapat ditangani dengan sedikit kelonggaran," katanya.

"Tetapi pada masa yang sama kita ingin mengelakkan situasi di mana kita menamatkan sekatan dengan terlalu mudah dan kemudian terpaksa berdepan penularan yang serius dan terpaksa menanganinya sekali lagi," katanya.

Walaupun beberapa negara barat mulai memberi kelonggaran, ada kecenderungan penyebaran yang membimbangkan di negara-negara dari Haiti ke Somalia dan Yemen, kata Ryan.

Dia juga menyebut Sudan, Sudan Selatan, Syria, Yemen, Afghanistan, Sierre Leone, Republik Afrika Tengah, dan "kluster serius" di Kano, Nigeria utara.

Mengenai koronavirus baru yang pertama kali muncul akhir tahun lalu di kota Wuhan di China tengah, dia mengulangi bahawa para saintis yang mengkaji  telah meyakinkan WHO bahawa "virus ini berasal dari alam semula jadi".

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus mempertahankan tindakannya dan WHO yang  sebelum ini mengisytiharkan koronavirus itu sebagai darurat antarabangsa pada akhir Januari.

Pengisytiharan 30 Januari itu dibuat dalam "masa yang cukup bagi seluruh dunia untuk bertindak balas" kerana pada tahap itu di luar China hanya ada 82 kes jangkitan dan tidak ada kematian, katanya.

Tedros mengatakan bahawa WHO yang berusaha memimpin tindak balas global terhadap pandemik Covid-19, telah menggunakan hari-hari sebelum mengisytiharkan darurat global sebagai masa untuk mengunjungi China untuk mengetahui lebih lanjut mengenai virus baru itu.

Dalam kunjungan itu, mereka juga berjaya dalam "perjanjian" dengan China untuk mengirim penyiasat, kata Tedros.

Tedros, ditanya mengenai hubungan dengan Amerika Syarikat - penderma terbesarnya yang telah menangguhkan sumbangan setelah mengkritik pengendalian wabak oleh WHO, berkata: "Kami sebenarnya sentiasa berhubung dan kami bekerjasama," katanya tanpa memberikan perincian.

- Reuters

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS