Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelantan benarkan kedai dobi, bengkel, perkakasan beroperasi

Selepas merekodkan kes sifar Covid-19 , Kelantan akan memberi kelonggaran operasi bagi tiga jenis perniagaan iaitu kedai dobi, bengkel kenderaan dan perkakasan atau hardware dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri, hari ini.

"Walaupun premis tersebut dah dibenarkan beroperasi di negeri lain, Kelantan sebelum ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu sebelum keputusan dicapai hari ini.

"Sehubungan itu, premis yang dibenarkan beroperasi itu perlu membuat permohonan selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk tempoh masa beroperasi.

"Setakat ini, ratusan premis berkenaan sudah membuat permohonan dan keputusan mesyuarat hari ini akan dibawa kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) sebelum premis itu beroperasi dalam masa terdekat," katanya selepas mesyuarat MKN peringkat negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Sementara itu Mohd Amar menjelaskan, hanya premis dobi perkhidmatan penuh dibenarkan beroperasi setakat ini.

"Untuk yang dobi layan diri tidak dibenarkan kerana kita mahu mengelak daripada orang ramai berkumpul.

"Kita tunggu pengumuman daripada pihak KKM untuk perkembangan dari semasa ke semasa.

"Kelantan kini secara tidak rasmi sudah diklasifikasikan sebagai zon hijau Covid-19 selepas beberapa hari tidak mempunyai kes baru," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS