Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sarawak benarkan keluar berdua dalam satu kenderaan
Diterbitkan:  Apr 30, 2020 12:06 PM
Dikemaskini: 4:06 AM

Kerajaan Negeri Sarawak membuat keputusan untuk mengikuti langkah kerajaan pusat yang membenarkan dua ahli keluarga dari rumah yang sama bergerak dalam satu kenderaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Dalam satu kenyataan media, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) berkata keputusan itu akan berkuat kuasa serta merta selepas mempertimbangkan maklum balas diterima daripada orang awam mengenai peraturan itu yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Sekarang kami akan membenarkan dua ahli keluarga terdekat untuk keluar dengan sebuah kereta bagi tujuan membeli makanan, ubat-ubatan, keperluan harian, diet tambahan atau barangan lain daripada mana-mana penyedia perkhidmatan penting atau mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan,” kata beliau.

Menurut beliau, jawatankuasa itu tidak membuat keputusan serta-merta selepas Ismail Sabri mengumumkan sedikit kelonggaran dalam Prosedur Operasi Standard PKP fasa empat semalam kerana mereka masih belum menerima sebarang maklumat daripada Kerajaan Persekutuan ketika itu.

“Kami perlu berhati-hati apabila membuat sebarang keputusan penting dalam waktu kritikal ini kerana ia boleh memberikan kesan yang besar kepada negeri. Lagipun, kami masih lagi memerangi pandemik Covid-19,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS