mk-logo
Berita
Putrajaya tanggung kos pesawat bawa balik pelajar dari S'wak, Sabah
Diterbitkan:  Apr 29, 2020 3:51 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Putrajaya akan menanggung kos penerbangan untuk membawa pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing antara Malaysia Timur dan Barat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

"Kami akan bawa pulang pelajar kita dari semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.

"Kerajaan akan menanggung kos sepenuhnya," kata beliau.

Jelas Ismail dipercayai pesawat yang sama membawa pulang pelajar dari Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung Malaysia akan digunakan dalam perjalanan tersebut.

Bagi pergerakan pelajar universiti lain, Ismail berkata 653 pelajar dari Zon Utara akan pulang ke rumah mereka di zon yang sama mulai hari ini dan esok.

Ia melibatkan siswa dari Universiti Teknologi Mara, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia, dan politeknik.

Bagi penuntut yang bergerak dalam Zon Sarawak, 280 daripadanya juga dijangka memulakan perjalanan mereka hari ini.

Sementara itu, 42 penuntut dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah memulakan perjalanan dalam zon yang sama sejak jam 9 pagi hari ini.

Perkara yang sama berlaku untuk 280 pelajar di Zon Sarawak.

Putrajaya telah memutuskan untuk membenarkan penuntut IPT pulang ke rumah dalam fasa empat perintah kawalan pergerakan (PKP).

[Baca berita asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS