Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kedutaan Poland edar kurma pada anggota polis, tentera

Kedutaan Poland di Malaysia mengedarkan buah kurma kepada anggota polis dan tentera sempena Ramadan, sebagai menghargai tugas mereka mengawal dan menjalankan pemeriksaan di tengah-tengah penuralan wabak Covid-19.

"Kita mengedarkan buah kurma di pusat pemeriksaan polis di Kuala Lumpur. Terima kasih kepada anggota polis dan tentera atas usaha gigih mereka menjaga keselamatan kami sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan," kata Duta Poland ke Malaysia, Prof Krzysztof Debnicki kepada Bernama.

Mengulas mengenai situasi Covid-19, beliau berkata Poland antara negara yang mencatatkan kematian paling rendah di Eropah iaitu seramai 500 orang dengan kira-kira 12,000 kes.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS