Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiga wanita Mongolia pemberi maklumat dakwaan rogol dibebas

Tiga wanita Mongolia, yang memberikan maklumat mengenai dakwaan seorang inspektor polis dituduh merogol dua orang rakan senegaranya dibebaskan petang tadi berikutan pembatalan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) terhadap mereka.

Polis hari ini memohon kepada Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk menarik balik IPO terhadap tiga wanita tersebut sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap kes pemerdagangan manusia.

IPO pada awalnya dibenarkan kerana ketiga wanita tersebut didakwa menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Perkara itu disahkan kepada Malaysiakini oleh peguam kepada tiga wanita berkenaan, Mathew Thomas Philip hari ini.

"Polis memohon untuk membatalkan IPO ketiga wanita itu," katanya.

Sebelum ini, dilaporkan tiga wanita Mongolia itu ditempatkan di bawah IPO setelah mereka membuat laporan polis berhubung dakwaan rogol tersebut.

Ketika ditanya sekiranya ketiga-tiga wanita itu perlu terus tinggal di Malaysia sebagai saksi berpotensi dalam kes rogol terhadap inspektor polis, Philip berkata tiada keperluan berbuat demikian kerana ketiga-tiga wanita berkenaan bukan saksi penting dalam siasatan.

"Mereka hanya datang (membuat laporan polis) setelah kejadian itu (dakwaan rogol) jadi mereka bukan saksi material (dalam kes rogol).

"Mereka hanya pemberi maklumat yang datang untuk membantu (mendedahkan dakwaan itu),” kata Philip.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS