Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Peniaga pasar lain dijangkiti semasa di pasar borong KL’

Jangkitan Covid-19 di pasar borong Kuala Lumpur telah merebak melangkaui premisnya, termasuk ke beberapa pasar lain di sekitar Lembah Klang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 74 jangkitan dari kluster pasar borong KL, 13 orang tidak bekerja di pasar itu.

Sebaliknya, kata beliau, 13 orang itu, termasuk peniaga dari pasar lain, telah ke sana untuk membeli bekalan dan kemudiannya dijangkiti.

Antara mereka, katanya adalah seorang peniaga dari pasar Bahau yang membeli bekalannya dari pasar borong KL sebelum kembali ke Negeri Sembilan.

Pasar Bahau sejak itu ditutup untuk pembersihan dan kerja-kerja sanitasi manakala semua peniaga di sana sedang diperiksa.

Ini bukan pasar pertama yang ditutup sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Dua pasar di Petaling Jaya, yakni pasar Taman Megah dan pasar di Jalan Othman, juga diperintahkan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan ujian saringan dijalankan ke atas semua peniaga dan pemborong.

Malaysiakini difahamkan bahawa kedua-dua pasar di Petaling Jaya itu berkaitan dengan kluster pasar borong KL.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS