Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Hanya 6,000 warga tempatan, 16,000 warga asing’
Diterbitkan:  Apr 28, 2020 3:01 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Hanya 6,000 rakyat tempatan berbanding 16,000 warga asing mendiami kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Katanya berdasarkan bancian terbaru di kawasan itu mendapati daripada jumlah keseluruhan penduduknya iaitu 22,000 orang, seramai 16,000 adalah warga asing termasuk golongan pelarian Rohingya yang memegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

"Ketika bancian awal hanya ada lebih 10,000 warga asing namun setelah dibanci secara terperinci mendapati angka naik sehingga 16,000 (warga asing).

"Namun semua penduduk di PKPD, termasuk warga asing akan dibekalkan dengan makanan.

"Tidak mungkin kami akan menggunakan wang 'pembayar cukai' untuk bekalan makanan mereka, jadi satu tabung khusus digerakkan bagi mengumpul dana membeli makanan asas kepada warga asing di kawasan PKPD," katanya ketika wawancara eksklusif Bernama Radio bertajuk 'Pengurusan Covid-19 dan PKP Wilayah Persekutuan' di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya sumbangan tabung khusus itu kini sudah mencecah lebih RM1 juta dan orang ramai dialu-alukan untuk memberi sumbangan ke tabung itu menerusi Pusat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CMC) di Jalan Tun Razak.

"Mana-mana pihak yang mahu menyalurkan sebarang bentuk sumbangan bekalan makanan kepada rakyat tempatan di kawasan PKPD akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Sementara itu, Annuar berkata tahap pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar ibu kota semakin baik apabila semakin kurang mereka ditahan kerana ingkar perintah tersebut.

"Jika dibandingkan dengan negara-negara lain ada pihak penguatkuasaannya terpaksa menggunakan kaedah lebih agresif untuk menangani kes ingkar PKP, namun di Malaysia, ada kerjasama dan kepercayaan antara kedua-dua pihak iaitu rakyat dengan kerajaan," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS