Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zon merah turun kepada 12, zon hijau meningkat kepada 77
Diterbitkan:  Apr 28, 2020 2:47 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

Jumlah daerah Zon Merah Covid-19 terus menunjukkan perkembangan positif apabila berkurangan kepada 12 daerah yang mencatatkan kes aktif kurang 40 kes, setakat 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan CPRC Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini turut memaklumkan bahawa Zon Hijau meningkat kepada 77 daerah, berbanding 68 daerah semalam.

Jumlah keseluruhan Zon Merah itu membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan tiga daerah, Selangor, Sarawak dan Johor masing-masing dua daerah manakala Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing satu daerah.

Di Kuala Lumpur, Zon Merah dengan jumlah kes aktif melebihi 40 ialah Kepong (88), Lembah Pantai (289) dan Titiwangsa (60); manakala di Selangor, Petaling (44) dan Hulu Langat (72).

Melaka Tengah di Melaka (49); Seremban di Negeri Sembilan (75); Johor Bahru (47) dan Kluang (84) di Johor; Kuantan di Pahang (44); sementara Kuching (164) dan Kota Samarahan (66) di Sarawak.

Zon Merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, Zon Jingga (20-40 kes), Zon Kuning (1-19 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif Covid-19 paling tinggi iaitu 1,398 kes.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS