Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Amaran Covid-19 buat pengunjung pasar Taman Megah, PJ Old Town
Diterbitkan:  Apr 28, 2020 12:53 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Orang ramai yang mengunjungi pasar basah Taman Megah di Petaling Jaya pada 11 hingga 25 April digesa untuk mengisi borang saringan Covid-19 dalam talian, yang akan dinilai oleh pegawai kesihatan.

Menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, pihak yang dianggap berisiko dijangkiti virus tersebut akan segera dihubungi oleh pejabat kesihatan daerah bagi mengatur pengambilan sampel.

“Orang awam yang telah hadir ke pasar awam Taman Megah SS24, daripada 11 April 2020 hingga 25 April 2020 diminta untuk mengisi borang saringan kontak kes Covid-19 menggunakan pautan di bawah (guna URL atau QR code).

“Mereka yang berisiko akan dihubungi oleh pejabat kesihatan daerah untuk menjalankan pemeriksaan dan persampelan di klinik kesihatan berdekatan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Borang dalam talian tersebut boleh didapati di sini.

Sementara itu, Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran, turut menggesa mereka yang telah ke pasar besar Jalan Othman, atau dikenali sebagi pasar basah PJ Old Town pada 15 hingga 18 April untuk mengisi borang berkenaan.

"Klinik Kesihatan Taman Medan akan menilai semua orang yang mengisi borang itu dan akan memanggil mereka yang dianggap berisiko tinggi untuk diuji.

“Sebilangan besar daripada kamu mungkin tidak akan dipanggil untuk menjalani ujian. Jika tidak dipanggil untuk melakukan ujian saringan Covid-19 tetapi berasa risau dan mahu diperiksa, kamu boleh berbuat demikian di hospital swasta,” kata Rajiv.

Borang dalam talian bagi pihak yang mengunjungi pasar PJ Old Town pada tarikh yang diberitahu boleh didapati di sini.

Terdahulu, adalah dilaporkan bahawa kerajaan mengarahkan dua pasar tersebut ditutup sementara setelah dua peniaga di situ disahkan positif Covid-19.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS