Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Plenitude tutup 3 hotel, kecilkan operasi
Diterbitkan:  Apr 27, 2020 5:07 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Plenitude Bhd sedang menutup operasi tiga hotelnya iaitu Mercure Penang Beach, The Gurney Resort Hotel and Residences, kedua-duanya di Pulau Pinang dan Travelodge Ipoh, Perak dengan serta-merta, disamping mengecilkan operasi di hotel yang lain.

Keputusan ini adalah hasil langsung daripada pandemik Covid-19 yang telah memberi kesan yang teruk kepada perniagaan hospitaliti syarikat, kata Plenitude dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

"Disebabkan sekatan perjalanan domestik dan seluruh dunia, hotel-hotel syarikat telah mengalami penurunan ketara dalam perniagaan, yang mana, syarikat tidak mempunyai alternatif tetapi terpaksa menurunkan saiz perniagaan dan operasi.

"Pengurusan syarikat sedang memantau teliti keadaan dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu bagi memastikan keselamatan para tetamu dan kakitangan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS