Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasar di PJ lama ditutup selepas peniaga positif Covid-19

Pasar di bandar lama Petaling Jaya akan ditutup selama lima hari bermula hari ini selepas seorang peniaga diuji positif Covid-19 pada 25 April.

Aktiviti pembasmian kuman dilakukan pagi ini dan semua peniaga pasar di sepanjang Jalan Othman disarankan untuk datang menjalani pemeriksaan kesihatan di pasar pada hari Rabu (29 April).

Perkara itu diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling Johary Anuar kepada Malaysiakini hari ini.

Dia berkata bahawa mereka dimaklumkan mengenai keputusan ujian pesakit itu semalam.

"Peniaga itu telah menjalani pemeriksaan pada 18 April setelah demam tinggi.

"Dia positif Covid-19 pada 25 April. Di antara tempoh itu, dia tidak datang ke pasar.

"Kami menasihatkan semua peniaga ke ujian saringan pada hari Rabu ini.

"Namun, bagi mereka yang telah menunjukkan gejala disarankan untuk segera pergi ke hospital untuk pemeriksaan," kata Johary.

Ini adalah pasar kedua di Petaling Jaya yang ditutup kerana jangkitan Covid-19 selepas pasar pagi Taman Megah.

Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa 60 peniaga di pasar Taman Megah akan diperiksa setelah salah seorang peniaga didapati positif virus tersebut.

Sehingga semalam, Malaysia mencatatkan 38 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan 5,780.

Angka kematian kekal pada 98.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS