Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP Kangar: Saifuddin dah lapor SPRM?
Diterbitkan:  Apr 26, 2020 5:26 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Anggota Parlimen Kangar, Amin Ahmad meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah menjawab beberapa soalan berhubung tindakannya membangkitkan integriti kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Komen Saifuddin itu dibuat ketika menteri berkenaan menjawab kritikan seorang netizen di laman Facebooknya.

"@Saifuddinabd perlu bertanggungjawab dengan kenyataannya. Pertama, adakah dia percaya BN 'steal' dan okay bersama sebab dia dakwa PH pun 'steal'.

"Kedua, telah lapor SPRM 'steal' yang PH buat?

"Ketiga, adakah lantikan politik tak jadi sekarang dia lawan juga? Keempat yakin geng Kitol tak 'steal' ?" tulis Amin di laman Twitter menggunakan Tweethandle @NoorAminAhmad.

Tweet berkenaan boleh dilihat di sini.

Amin juga memaparkan pautan berita Malaysiakini berhubung komen Saifuddin, yang dibuat sebagai respons kepada netizen bernama Asma Azha.

Saifuddin dalam responnya menyoal netizen itu sekiranya dia pasti pentadbiran terdahulu bersih daripada rasuah.


Baca: Saifuddin ulas netizen: 'Apakah kamu yakin PH tak rompak?'


"Apa you yakin PN pun tak merompak dan rasuah.

"Sis, you kenal PH sebelum jadi kerajaan dan ada kuasa. Bila Allah uji dengan kuasa dan wang sama saja. Manusia berubah," tulis Saifuddin.

Saifuddin, yang pernah menjadi Menteri Luar ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan, juga mendakwa terdapat aktiviti melobi untuk mendapatkan jawatan.

"Dulu PH marah lantikan politik, lepas berkuasa siapa yang jadi special envoy ke China? Siapa yang duduk di board (Lembaga) Pelabuhan Klang dan Kuantan?

"Saya bekas menteri luar saya tahu siapa yang merayu dekat PM untuk lantik (MP Cheras) Tan Kok Wai (sebagai duta khas). So apa bezanya?" Soalnya.

Sementara itu, Geng kitol yang disebut Amin dipercayai merujuk kumpulan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, yang turut disertai Saifuddin dan sembilan lagi bekas anggota parlimen PKR.

Mereka keluar PKR untuk menyertai Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pada Feb lalu bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional bersama-sama dengan Umno, PAS dan GPS.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS