Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKP: Klinik haiwan boleh beroperasi, untuk temu janji sahaja - menteri
Diterbitkan:  Apr 26, 2020 4:08 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa klinik veterinar akan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menjawab pertanyaan dariapada pemilik dan pencinta haiwan, Ismail bagaimanapun berkata kebenaran tersebut terhad kepada temu janji sahaja.

“Ramai pencinta haiwan tanya adakah klinik haiwan akan dibuka.

“Kerajaan bersetuju membenarkan klinik veterinar beroperasi tetapi perkhidmatan adalah berdasarkan temu janji,” katanya ketika sidang media harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkembangan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

“Pemilik haiwan boleh menghubungi klinik veterinar (untuk) temu janji.

“Jadi ya, kita benarkan tetapi klinik tidak dibuka selain untuk temu janji,” katanya lagi.

Pada masa ini, klinik haiwan kerajaan dibenarkan buka dengan waktu operasi yang terhad, manakala bagi klinik swasta, kebanyakannya dilaporkan tutup ketika susulan PKP.

Dengan penutupan kebanyakan kedai makan dan arahan agar orang ramai kekal di rumah, kumpulan kebajikan haiwan membangkitkan kebimbangan berkenaan anjing dan kucing jalanan yang kelaparan.

Terdapat juga keresahan tentang kemungkinan Covid-19 boleh menular melalui kucing, meskipun pakar veterinar dari Universiti Ohio Lida Saif menjelaskan bahawa sehingga kini masih tiada bukti kukuh berhubung risiko itu.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS