Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
WHO: Tiada bukti antibodi pesakit sembuh Covid-19 halang jangkitan kedua

Setakat ini tiada bukti menunjukkan orang yang sudah pulih daripada Covid-19 dan mempunyai antibodi, dilindungi untuk dijangkiti kali kedua, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.

Walaupun banyak kajian menunjukkan orang telah sembuh ada antibodi terhadap Covid-19, juga dikenali SARS-CoV-2, WHO mengatakan sebilangan mereka ini mempunyai tahap antibodi peneutral dalam darah yang sangat rendah.

"Pada 24 April 2020, tiada kajian yang menilai kehadiran antibodi terhadap SARS-CoV-2 boleh jadikan manusia kebal untuk dijangkiti lagi dengan virus ini," tegas WHO.

Ada beberapa negara mengatakan antibodi itu sebagai "pasport kekebalan" atau "sijil bebas risiko", membolehkan individu melakukan perjalanan atau kembali bekerja, dengan andaian mereka terlindung untuk dijangkiti semula.

WHO memberi amaran "penggunaan sijil itu boleh menjurus kepada peningkatan risiko penularan yang berterusan."

Ujian makmal yang mengesan antibodi SARS-CoV-2 terhadap manusia, termasuk ujian imunodiagnosis pantas, perlu pengesahan yang lebih lanjut bagi menentukan ketepatan dan kebolehpercayaan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS