Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Premis makanan bukan Islam boleh berniaga 7 pagi - 7 malam'

Kerajaan Pahang membenarkan restoran kendalian orang bukan Islam untuk beroperasi bermula jam tujuh pagi hingga tujuh petang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang bulan Ramadan ini.

Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat susulan aduan terhadap arahan sebelum ini oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), yang menetapkan waktu operasi antara pukul 12 tengah hari hingga tujuh petang.

"Sebagai kerajaan yang prihatin dan responsif terhadap apa juga perkara yang diadukan oleh rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan kerjaya, keputusan hari ini dianggap tepat dan munasabah.

"Saya berharap,para peniaga premis makanan bukan Islam dapat menerimanya dengan baik serta meneruskan perniagaan tetapi masih terus akur kepada (peraturan( yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya empat PBT di negeri itu menetapkan waktu operasi baru restoran untuk Ramadan, yang menyebabkan kekeliruan sama ada ia turut terpakai kepada restoran bukan Muslim atau tidak.

Di Kuantan, restoran makanan segera dibenarkan beroperasi bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, manakala restoran lain bermula 12 tengah hari hingga tujuh petang.

Dalam satu hantaran Facebook semalam, Adun Semambu Lee Chen Chung mempersoalkan jika arahan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu turut terpakai kepada restoran bukan Muslim.

"Kita faham waktu operasi patut diperketat ketika PKP dan warga Kuantan telah beri kerjasama.

"Tetapi mengapa restoran bukan Muslim hanya dibenarkan beroperasi lepas 12 tengah hari? Siapa yang keluarkan arahan?" soal adun PKR itu, yang turut menghantar surat kepada MPK berkenaan perkara itu pagi tadi.

Di Cameron Highlands pula, selain restoran makanan segera, semua restoran dilarang beroperasi, termuasuk untuk perkhidmatan bawa pulang, bermula 23 April hingga 24 Mei.

Bagaimanapun PBT membenarkan restoran memohon permit penghantaran ke rumah (cash on delivery, COD). Permohonan boleh dibuat menerusi kaunter perkhidmatan Majlis Daerah Cameron Hihghlands.

Di Temerloh, restoran bukan Muslim dibenarkan beroperasi bermula 12 tengah hari hingga 6.30 petang, manakala premis Muslim bermula tiga petang hingga 6.30 petang. Mereka hanya dibenarkan menyediakan makanan untuk dibawa pulang dan COD.

Kesemua restoran hanya boleh menjalankan khidmat penghantaran antara lapan malam hingga 12 tengah malam. Pesanan terakhir perlu dibuat sebelum 10.30 malam.

Di Bentong, PBT menukar waktu operasi untuk restoran bukan Muslim susulan maklum balas awam. Ia diputuskan sebelum arahan Wan Rosdy.

Terdahulu, pihak berkuasa memutuskan semua restoran hanya boleh beroperasi bermula 12 tengah hari hingga tujuh malam ketika Ramadan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS