Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemain judi ditangkap, set mahjung dan duit kena rampas
Diterbitkan:  Apr 24, 2020 9:13 AM
Dikemaskini: 2:59 AM

Polis menahan 11 individu yang bermain mahjung di sebuah premis di Batu Caves, Gombak, merampas set judi itu serta wang tunai berjumlah RM1,861.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata lapan lelaki dan tiga wanita berusia antara 47 hingga 67 tahun ditahan dalam serbuan pada jam 3.15 petang, lapor Harian Metro lewat malam tadi.

"Semua suspek dibawa ke balai polis Selayang untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," beliau dipetik sebagai berkata.

Arifai berkata, pihaknya turut menahan lelaki berusia 35 dan 38 tahun dalam sekatan jalan raya berasingan selepas didapati memiliki dadah serta daun ketum.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS