Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah Rayuan lakar sejarah, siaran langsung prosiding
Diterbitkan:  Apr 23, 2020 4:25 PM
Dikemaskini: 11:22 AM

Perbicaraan Mahkamah Rayuan melakar sejarah pagi ini apabila buat julung kali prosiding kes disiarkan secara langsung untuk tatapan umum.

Mahkamah di seluruh negara telah diarahkan ditutup berikutan PKP yang berkuat kuasa pada 18 Mac.

Bagaimanapun, proses penahanan reman, kes baru dan ikat jamin masih dilakukan seperti biasa. Perbicaraan pagi ini melibatkan tiga perayu - Zhoa Fangliang, Jin Haifang dan Zhu Cunhua - terhadap syarikat pengangkutan Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn Bhd.

Ia dilakukan melalui telesidang dan disiarkan secara langsung pada pukul 10 pagi.

Pejabat Ketua Pendaftar Unit Komunikasi Korporat Mahkamah Persekutuan mengeluarkan kenyataan bahawa siaran langsung itu memberi akses kepada orang ramai terhadap perbicaraan ini yang biasanya dilakukan di dalam mahkamah.

Panel Hakim Kamardin Hashim, Lee Swee Seng dan Azizah Nawawi mendengar rayuan yang didengar bersama kerana mereka berkongsi fakta dan persoalan undang-undang yang sama.

Firma KF Ee mewakili tiga perayu

Rayuan sivil itu melibatkan Zhoa Fangliang, Jin Haifang dan Zhu Cunhua terhadap Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn Bhd.

Peguam KF Ee mewakili ketiga-tiga perayu manakala syarikat pengangkutan itu diwakili oleh peguam Azizi Shaghir dan Nurul Dalilah Darmawi.

Kes itu berkaitan dengan kemalangan bas di Johor, pada 7 Oktober 2015 di mana empat pelancong dari China terbunuh.

Setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak, panel sebulat suara menolak rayuan tersebut dengan alasan tiada merit.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS