Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengalaman PKP, kongsi gambar anda
Diterbitkan:  Apr 23, 2020 4:22 PM
Dikemaskini: 11:22 AM

Lima minggu berlalu sejak kerajaan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung penyebaran wabak Covid-19.

Detik ini pasti akan terus dikenang untuk tahun-tahun mendatang. Malaysiakini bagaimanapun berharap pengalaman di sama sukar ini tidak akan dilupakan

Ia mungkin kenangan membantu orang lain, telesidang sambil memakai kain sarung, kerja di rumah dalam bingit suara anak-anak, masak sekawah (atau masak tak cukup), sahut cabaran sosial media, iftar maya dengan kawan-kawan, payahnya keluar beli barang, lari keluar rumah kerana tak tahan berkurung, semua kita ada kisah untuk dikongsi.

Jadi, apa kisah anda?

Hantarkan pada kami sekeping foto bagi menggambarkan hidup ada ketika PKP dengan keterangan ringkas. Kami akan pilih yang sesuai dalam satu esei foto.

Komen di media sosial kami atau hantar mesej langsung dengan tanda pagar #MCOmoments atau e-mel pada [email protected].


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS