Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu makanan di kawasan PKPD Selayang akan diselesaikan hari ini
Diterbitkan:  Apr 23, 2020 4:08 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Kerajaan memberi jaminan masalah pengedaran makanan Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur yang kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan diselesaikan hari ini.

Jaminan itu diberikan oleh Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

"Pengedaran makanan memang ada dibuat. Mungkin ada yang tak dapat," katanya semasa taklimat akhbar hariannya hari ini.

Katanya, kerajaan akan membekalkan makanan kering untuk penduduk Malaysia di kawasan itu dan mereka yang memerlukan barang tambahan harus menghampiri pusat operasi kerajaan di daerah itu.

"Sekiranya penduduk memerlukan keperluan lain seperti susu atau lampin, hubungi pusat operasi.

"Setiap kawasan PKPD mempunyai pusat operasi," katanya.

Mengulas sama ada mereka yang mempunyai masalah kesihatan akan dibenarkan mengambil pengasuh atau tidak, Ismail berkata, penduduk yang terlibat harus berunding dengan kakitangan pusat operasi.

Katanya, pusat operasi dikendalikan oleh anggota Kementerian Kesihatan, polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

PKPD mula dikuatkuasakan pada 20 April lalu yang menyaksikan kawasan di sekitar pasar borong Selayang - pusat transit bagi sebahagian besar bekalan makanan Lembah Klang - dipasang dengan wayar berduri setinggi 10 kaki.

Berikutan itu, terdapat klip video yang keluar dari kawasan itu, yang mengatakan penduduk mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai makanan.

Ahli Parlimen Batu P Prabakaran juga sebelum ini mendakwa bahawa dia telah menerima banyak aduan yang sama.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS