Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

GLOBAL l Kematian akibat wabak koronavirus Amerika Syarikat (AS) mencecah lebih 47,000 pada Rabu, menurut laporan Reuters.

Model University of Washington yang yang sering dipetik oleh Rumah Putih, mengunjurkan hampir 66,000 kematian Covid-19 di AS menjelang 4 Ogos depan.

Unjuran itu dinaikkan berbanding anggaran 60,000 kematiannya yang dibuat sebelum ini. Pada kadar semasa, angka kematian di AS mungkin mencecah 50,000 pada akhir minggu ini.

Kematian pertama di AS dicatatkan pada 6 Februari lalu. Dalam tempoh beberapa minggu selepas itu, angka kematian di AS terus meningkat sehingga ia menjadi yang tertinggi di dunia.

Setakat Rabu, jumlah kematian di AS adalah 47,050, dengan jumlah harian sekitar 1,800 dan beberapa negeri masih belum melaporkan kes terbaru mereka.

Pada Selasa, kes kematian di AS adalah 2,792. Jumlah tertinggi adalah 2,806 kematian dalam satu hari pada 15 April.

Semalam, di New York, pusat wabak Covid-19 melaporkan 474 kematian baru, iaitu jumlah paling rendah sejak 1 April.

Sehingga ini, AS mencatat jumlah kes Covid-19 paling tinggi dunia iaitu lebih dari 830,000.

Bagaimanapun, Presiden Donald Trump, semalam memuji langkah diambil beberapa negeri di AS, yang dipimpin oleh Republikan. Ini termasuk Georgia, Carolina Selatan dan Tennessee yang sudah membuka kembali ekonomi mereka, meskipun terdapat amaran mengenai kemungkinan peningkatan jangkitan Covid-19.

- Reuters

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS