Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr Amalina anggotai pasukan vaksin Covid-19 di UK
Diterbitkan:  Apr 23, 2020 10:41 AM
Dikemaskini: 2:52 AM

Dr Amalina Bakri, doktor bedah Malaysia yang berkhidmat di London, mengganggotai pasukan mencari vaksin untuk virus Covid-19.

Katanya pasukan itu sedang menjalankan percubaan di Institut Kebangsaan Kajian Perubatan NIHR Kolej Imperial di kota itu.

“Percubaan vaksin pertama UK, diketuai Dr Katrina Pollock, telah bermula di NIHR Kemudahan Kajian Klinikal Imperial di Kolej Imperial.

“Saya terlibat merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi vaksin kepada mereka untuk beberapa minggu akan datang,” ciapnya.

Menurut laman web Kolej Imperial, kerajaan UK memperunukkan 22.5 juta pound untuk mempercepatkan proses pembangunan vaksin.

Pusat pengajian tinggi terkemuka dunia Universiti Oxford turut menjalankan ujian vaksin mereka, dengan tambahan dan suntikan dana 20 juta pound.

 Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS