Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Golongan tak berkemampuan hadapi krisis bayar sewa rumah

Golongan berpendapatan rendah dan mereka yang memerlukan di negara ini sedang menghadapi krisis tempat tinggal berikutan keupayaan mereka untuk menyara hidup terjejas akibat wabak Covid-19.

Pengarah Yayasan antarabangsa Geutanyoë, Lilianne Fan berkata, antara mereka yang terlibat adalah kumpulan B40 dan kumpulan pelarian.

"Sekumpulan etnik Rohingya hubungi saya malam tadi untuk beritahu mereka kini tinggal di tepi jalan kerana diusir dua hari lalu oleh tuan rumah mereka.

"Ini masalah yang dihadapi penduduk tempatan juga, ada penduduk tempatan menghadapi ancaman pengusiran juga," kata Fan dalam seminar di internet anjuran Institut Penyelidikan Refsa petang ini.

Pada masa ini mereka yang tinggal di rumah kos rendah seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) diberikan pengecualian sewa selama enam bulan.

Bagaimanapun, tiada pengecualian diberikan bagi mereka yang menyewa kediaman persendirian.

Tuan rumah bagaimanapun boleh memohon penagguhan bayaran balik pinjaman perumahan daripada bank selama enam bulan.

Selain menghadapi masalah membayar sewa, Fan berkata, ramai golongan tidak berkemampuan akan kelaparan dan tercicir daripada menerima bantuan, meskipun kerajaan, NGO dan orang ramai melakukan pelbagai usaha sebaik mungkin.

"Walaupun usaha terbaik dilakukan semua orang, ada ramai yang tidak menerima makanan asas. Ini bukan salah sesiapa, semua orang bekerja keras (untuk membantu)," katanya.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.




Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS