Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Masih ada 14 zon merah, seluruh Perlis zon hijau
Diterbitkan:  Apr 22, 2020 1:09 PM
Dikemaskini: 5:09 AM

Data terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan terdapat 14 daerah masih kekal sebagai zon merah dengan kes aktif Covid-19.

Ini berbanding jumlah kumulatif sebanyak 30 daerah sebelum ini.

Pecahan kes itu adalah mengikut negeri dan daerah sehingga jam 12 tengahari semalam.

Setakat ini, seluruh Perlis kini zon hijau.

Jumlah kes aktif di zon merah yang terbesar masih di Lembah Pantai dengan 347 kes dan ini diikuti oleh Kuching dengan 217 kes. Daerah Petaling berada di tangga ketiga dengan 106 kes.

Mana-mana daerah dengan lebih 40 kes Covid-19 yang disahkan diklasifikasikan sebagai zon merah. Daerah dengan 20 hingga 40 kes dilabelkan sebagai zon jingga sementara daerah di bawah 20 kes disenaraikan sebagai zon kuning.

Zon hijau digunakan untuk daerah yang bebas dari Covid-19.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS