Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Senat AS lulus lagi AS$500 bilion buat pakej bantuan koronavirus

GLOBAL l Senat Amerika Syarikat (AS) pada Selasa sebulat suara meluluskan bantuan tambahan AS$484 bilion untuk ekonomi dan hospital yang terjejas akibat penularan wabak koronavirus. Rang undang-undang (RUU) itu kini akan dibawa ke Dewan Perwakilan untuk mendapatkan kelulusan terakhir pada hujung minggu ini.

RUU itu, yang diluluskan dengan sokongan segelintir senator yang hadir di dewan yang hampir kosong itu, disegerakan setelah pemimpin kongres dan Rumah Putih mencapai persetujuan.

Dewan dijangka membuat keputusan pada Khamis ini tindakan tambahan keempat dalam membendung kesan-kesan akibat koronavirus. Secara keseluruhan, empat langkah tersebut berjumlah AS$3 trilion sejak bulan lalu untuk menghadapi krisis yang telah mengorbankan lebih 43,000 orang.

Presiden Donald Trump mendesak Kongres agar segera menyokong langkah tersebut, terutama tindakan memperluaskan dana untuk pinjaman kepada pengusaha kecil. Bantuan tambahan kepada kerajaan negeri dan daerah akan dibentangkan kemudian.

Wabak koronavirus secara besar-besaran telah mengubah cara Kongres berfungsi dalam beberapa bulan sejak penularannya ke AS setelah pertama kali muncul di China tahun lalu.

Undang-undang bersejarah diluluskan dengan hanya ada beberapa anggota parlimen yang hadir.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS