Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Harga minyak mentah AS didagang bawah AS$0 satu tong
Diterbitkan:  Apr 21, 2020 12:18 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

KORONAVIRUS | Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) melonjak ke kepada AS$20 (RM87.68) setong hari ini, tetapi masih didagangkan di bawah AS$0 setelah menjunam ke harga negatif buat pertama kali dalam sejarah.

Perkembangan itu berlakunya ketika lebihan bekalan dan penyusutan permintaan untuk minyak mentah terus berlaku gara-gara wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS untuk penghantaran Mei meningkat sebanyak AS$21.96, menjadi -AS$15.67 setong, setakat jam 10.14 malam (waktu GMT), setelah mendapat diskaun sebanyak AS$37.63 bagi sesi penghantaran sebelumnya.

Kontrak Mei luput pada hari ini, manakala untuk kontrak Jun pula - yang didagangkan dengan lebih aktif - harga naik 51 sen, atau 2.5 peratus, menjadi AS$20.94 setong.

Harga minyak mengalami tekanan kerana perintah berkurung dan larangan perjalanan yang dikenakan bagi membendung penularan Covid-19, sekali gus menyekat permintaan minyak dunia.

Ia menyebabkan bekalan minyak yang mencukupi itu, sukar mendapat tempat untuk penyimpanan, dengan permintaan merosot sebanayk 30 peratus di seluruh dunia.

Hab penyimpanan utama AS di Cushing, Oklahoma, yang juga merupakan pusat penghantaran untuk kontrak WTI AS, dijangka penuh dalam masa beberapa minggu.

“Dengan kemudahan penyimpanan semakin cepat penuh, terutamanya pada titik harga WTI, ada kebimbangan bahawa tiada lagi tempat penyimpanan selepas ini,” kata ANZ Research.

Berhadapan dengan lebihan bekalan, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan sekutunya - termasuk Rusia yang dikenali sebagai Opec+ - bersetuju mengurangkan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari tetapi ia hanya akan bermula pada Mei.

“Perjanjian bekalan Opec+ pun berkemungkinan tak mampu membendung masalah aliran jualan dalam jangka masa pendek, tambah ANZ Research.

- Reuters

[Baca berita asal] 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS