Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Iran mohon pinjaman AS$50 juta dari Bank Dunia hadapi Covid-19

GLOBAL | Iran memohon pinjaman berjumlah AS$50 juta dari Bank Dunia untuk membiayai usaha negara itu melawan Covid-19, lapor agensi berita Xinhua memetik Financial Tribune pada Isnin.

"Perkara asas sudah siap dan permohonan pinjaman sedang diproses membabitkan agensi berkaitan seperti bank pusat (Iran)," kata Timbalan Menteri Kesihatan Kamel Taqavinejad.

Ini kali pertama sejak 2005 Iran memohon pinjaman dari Bank Dunia, kata Taqavinejad.

Menurutnya, Iran juga memohon pinjaman €130 juta (AS$141 juta) dari Bank Pembangunan Islam untuk membeli peralatan perubatan.

Pada 12 Mac, Bank Pusat Iran mengumumkan telah memohon pinjaman dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$5 bilion.

Namun, laporan mengatakan Amerika Syarikat menyekat permohonan Iran itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS