Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kebakaran hutan simpan Kuala Langat merebak 80 hektar

Kita mengesyaki ada perbuatan di mana pengusaha sayuran kontang yg berhamoiran cuba utk ceroboh kawasan ni. Mereka cuba utk bakar hutan sedia ada utk cari tanah utk tanaman sayur.

Kegiatan pertanian haram di utara Kuala Langat, Selangor telah menyebabkan kebakaran di hutan simpan di sana, yang kini telah merebak ke hampir 80 hektar.

Kebakaran itu dilaporkan pada Jumaat lalu dan merebak seluas 50 hektar kawasan hutan semalam. Hari ini ia telah merebak di 30 hektar lagi.

Menurut Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Hee Loy Sian, kebakaran berpunca daripada kegiatan pertanian haram.

"Kita mengesyaki pengusaha sayuran kontang berhampiran menceroboh kawasan ini dan cuba bakar hutan untuk sediakan tanah untuk tujuan penanaman," katanya ketika sidang media di Kuala Langat, hari ini.

Hee berkata, pertanian haram merupakan isu berlarutan di kawasan itu dan mengakui terdapat kelemahan dari segi penguatkuasaan.

Katanya, ramai petani mengambil warga asing sebagai pekerja di ladang mereka, dan ada di kalangan mereka yang tidak memiliki dokumen.

Jabatan perhutanan negeri sedar tentang isu itu dan memutuskan untuk membuka sebahagian kawasan hutan simpan untuk membenarkan pertanian secara sah dan memantau kegiatan itu.

"Ada lebih 300 petani haram. Setakat ini kita telah terima lebih 400 permohonan," katanya lagi.

Anggota bomba berdepan kesukaran mengawal kebakaran kerana tiada jalan untuk ke kawasan yang terjejas.

Hee bagaimanapun berkata empat mesin pengorek telah digunakan untuk membuka jalan.

Beliau berkata pesawat bombardier akan digunakan dalam operasi esok untuk mengawal kebakaran, tetapi kerja memadam api tetap memerlukan tujuh hingga 10 hari.

Tanpa pesawat itu, katanya lagi, masa yang diperlukan adalah sehingga empat minggu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS